ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Tuesday, March 31, 2015


(SIMPANAN INI SEBAGAI TANDA MENGHARGAI MEREKA YANG SUDI MEMBERI PERHATIAN).


Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh

"Saya selalu terkesan oleh metafora dan diksi yang sesuai, tepat dan  oleh itu lekat pada 
ingatan. Sering kita dihadiahkan dengan metafora dan alur gagasan yang membawa ‘surprise’ dan hadiah begini tidak datang dengan mudah.” 
                       
( kertaskerja Seminar Kefahaman Budaya ke VIII: Zurinah Hassan,                                                 Disember 2004 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka                                             Utara dan Universiti Sains Malaysia).
                                                           
 “The really vocal and individual woman poet is a rare person.  Her poems not only show that she is a different woman from other woman writers but also a person who finds in poetry the opportunity to speak out her innermost soul without the decorum of the past literary practices
Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh, An Anthology of Contemporary Malaysia Literature, dbp. 1988 : 362,

Mana Sikana
"Muhammad Haji Salleh  adalah di antara penyair terbaik Malaysia. Ini  diikuti  dengan Kemala, Baha Zain dan Zurinah Hassan. Kemala terus  konsisten dengan  pengucapannya. Baha Zain meski kurang prolifik, tetapi sajak-sajaknya masih kental dan belum ada pengarang            terkemudian yang dapat mengatasinya.Saya menambah Zurinah Hassan sebagai penyair terbaik,  puisi-puisinya menjadi lambang kelembutan  wanita Melayu".
                        Mana Sikana “Penyair-Penyair Terkemuka Malaysia: Analisis Puitika Tekstual, Perisa (Jurnal Puisi Melayu)  Bil. 3.1995)
                                           
" Kekuatan puisi Zurinah Hassan terletak pada penguasaan bahasa yang cukup baik dan kental, mempunyai perasaan yang puitis dengan ungkapan yang hati-hati, bersih dan padat. Gaya Zurinah Hassan merdu, kadang-kadang sedikit melodramatik dan sekali-sekala sinis, tetapi cukup untuk menggoncang perasaan dan memberi kita pengalaman-pengalaman yang manis. Alam kehidupan, budaya dan sublimasi manusia mendapat tafsiran dan makna  menurut kacamata Melayu yang lembut dengan suara yang harmonis.
  Mana Sikana “Penyair-Penyair Terkemuka Malaysia: Analisis Puitika Tekstual, Perisa (Jurnal Puisi Melayu)  Bil. 3.1995)
                                           

Shafie Abu Bakar
 Zurinah Hassan sesungguhnya mempunyai kedudukan yang kukuh di dalam perpuisian tanah 
air, bukan sahaja sebagai penyair wanita terbaik di dalam persajakan moden, tetapi salah 
seorang penyair terkemuka tanah air sebaris bersama Usman Awang, Kassim Ahmad, Latiff Mohidin, Muhammad Haji Salleh dan Kemala. 
(Shafie Abu Bakar, “Perjalanan Kualiti Persajakan Melayu dalam  Peradaban Melayu (1997:163-166)

Sasterawan Negara Usman Awang
"Zurinah penyair wanita berbakat besar yang lahir selepas Anis Sabirin."
( Usman Awang, Ismail Ahmad Titian Zaman, Dewan Bahasa dan Pustaka: 97). 

“Zurinah has made a significant contribution to Malay literary development. She brings meaning to the Malay language, breathes life into her words. Her use of language is captivating, poetic and harmonious “.(The Star, 30 Jun 1988).

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad
 “Zurinah Hassan adalah penyair wanita yang besar bakatnya. Nada dan irama puisi-puisi Zurinah amat lembut dan manis terutama puisi puisi sepinya. Ini disebabkan pemilihan kata-katanya yang amat sesuai dengan gerakan sumber alam yang menjadi imej puisi-puisinya”.
             ( Shahnon Ahmad “Sastera sebagai Seismograf Kehidupan”, Dewan  Bahasa dan Pustaka 1993: 226).

Sasterawan Negara Ahmad Kamal Abdullah
Puisi-puisi Zurinah Hassan dalam Keberangkatan yang memenangi Hadiah Utama dalam Anugerah Puisi Putra II sebagai “sesuatu yang miracle” Kumpulan itu memerlihatkan bagaimana Zurinah mencari makna kewujudan diri, memerhati kemanusiaan yang semakin hilang di tengah-tengah kehidupan moden yang mengejar materialism. Zurinah Hassan menautkan ilmu dan bakat dalam puisi-puisi ciptaannya. 
(Kemala (Gejala, 1989: 465)

Lim Swee Tin
 “Membaca puisi-puisi Zurinah ibarat menjelajah ke alam penggunaan kata dan bahasa yang selalunya sederhana, namun kerap kali pula mengasyikkan. Puisi-puisi yang terkumpul dalam antologi Nota Waktu keseluruhannya mampu membuktikan ketokohan Zurinah sebagai penyair Melayu terbaik setakat ini.”. Lim Swee Tin (Dewan Sastera, Disember, 2004)

Arbak Othman
"Kekuatan karya puisi ZH diukur berdasarkan dua faktor, iaitu nilai estetik yang tinggi dan kualiti yang mengangkat puisi-puisinya sebagai genre puitik yang meningkatkan kesan pada aras kesedaran pembaca. Puisi-puisi yang  beliau cipta berhasil mengekalkan kesatuan fikiran dalam sifatnya yang indah.  Idea-idea yang diungkapkan kelihatan tersusun, menyentuh perasaan dan logik.  Kata-kata dalam diksi dibentuk dalam susunan yang berseni.  Unsur rasa dan emosi paling kuat memberikan sifat kepada puisi yang dicipta.  Puisi dibentuk dengan menggunakan gaya yang tersendiri dengan kata-kata yang sesuai dan relevan dengan mesej yang disampaikan. Kebanyakan puisi beliau berhasil membentuk mesej yang berkesan.  Kata-kata yang digunakan menyentuh perasaan dan akal budi.(“Idealisma Budaya dan Jatidiri Bangsa yang Tercalar” kertaskerja Seminar Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, UKM. 23 Nov.2011)

Johan Jaafar,
Puisi-puisi Zurinah memberi bekas kepada persoalan kekecewaan dan kehancuran kemanusiaan akibat ditelan oleh pemodenan dan pembaharuan yang bermaharajalela.  (Gejala: 470).

Dharmawijaya 

“Dalam segala kelembutan dan kesederhanaan pengucapan Zurinah Hassan terasa kedalaman pemikiran yang menyegarkan kesedaran pembaca.”.  (“Sentuhan Rasa Tujuh Penyair Wanita” Dewan Sastera, Ogos (1977:58)

Ramli Isin
Puisi-puisi ZH  mengandungi nilai-nilai sasteranya yang tinggi. Ini dilihat dari aspek kesederhanaan dalam gaya pengucapan pemikirannya dengan pembukaan frasa-frasa dan kalimat-kalimat yang segar yang mengandungi makna yang berlapis. Kesederhanaan dan kesahajaan ZH sudah merupakan suatu jati dirinya  
“Kepenyairan Zurinah Hassan yang Tidak Pernah Putus dan Surut” Dewan Sastera ,2004:12)

.
Laporan Panel HSPM
Melalui  Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi Zurinah telah memberikan suatu dimensi baharu penulisan autobiografi. Buku ini mempamerkan suatu kelainan dalam persembahannya sebagai sebahagian daripada autobiografi seorang penyair dengan kehidupannya menghasilkan puisi serta memperkatakan sendiri puisi-puisi yang telah ditulisnya. Sekali gus karya ini memperlihatkan keterampilan kreatif penyair berserta keilmuannya menghayati puisi-puisi secara terbuka yang ada kalanya berteori. Jarang sekali khalayak sastera Melayu dipaparkan dengan persembahan sebegini rupa iaitu yang menyatukan dua kemahiran dalam suatu wadah dan perbincangan.Pengalaman serta pengamatannya juga boleh dijadikan teladan kepada masyarakat terutamanya kepada penyair muda yang sedang mencipta nama dalam bidang ini. Buku ini menjadi lebih istimewa sebagai sebuah autobiografi apabila penulis memasukkan perbincangan bersifat ilmu ke dalam beberapa bab berserta petikan-petikan puisinya yang diturunkan sebagai contoh dan bukti perihal yang diperkatakannya. Ini membezakan cebisan autobiografi Zurinah dengan hasil penulis lain yang semata-mata menurunkan catatan sejarah diri tanpa menyelitkan panduan dan bimbingan kepada penyair muda.


Sasterawan Zurinah Hassan secara tepat dalam puisinya mengungkapkan bahawa yang ditentang  oleh si Tuah bukannya Jebat, tetapi penderhakaan dan perebutan kuasa. Yang dipertahankan oleh di Tuah bukannya Raja, tetapi sebuah kerajaan. Kerana tanpa kerajaan tidak akan wujud sebuah.negara. Tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa. Episod yang berlaku menghilangkan keramat Keris Taming Sari. Taming Sari lambang kekuasaan, digunakan untuk bertarung sesama sendiri. Hang Tuah juga tidak berupaya mempertahankan kejatuhan Melaka
Datuk Seri Abdullah Badawi dalam ucapannya selaku Timbalan Presiden UMNO dan disiarkan oleh hampir semua akhbar pada 18 Jun 2003:


Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah (sekarang Sultan Perak) 

Dalam puisi Korban Hang Tuah penyair Zurinah Hassan cuba menyelami gelombang serba salah yang menghempas dada Hang Tuah ketika terpaksa membuat perhitungan untuk memilih antara kesetiaan kepada sahabat dan kesetiaan kepada Raja. Hang Tuah akhirnya terpaksa memilih, mengorbankan sahabat kesayangannya walaupun dituduh melakukan kesetiaan melulu. Zurinah menghuraikan Hang Tuah sebenarnya tidak sekadar membunuh Hang Jebat tetapi menentang satu penderhakaan - menentang perebutan kuasa. Bagi Zurinah, Hang Tuah bukan sekadar mempertahankan seorang Raja tetapi mempertahankan lambang negara kepada sebuah kerajaan demi memastikan bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia. Tanpa kerajaan apalah ertinya lagi sebuah negara.

Titah ucapan majlis pelancaran buku The Malays di Universiti Kebangsaan Malaysia. pada 10 Mac 2009. 
            

Friday, March 27, 2015

Bila saya kata saya menghadiri mesyuarat agung Gapena, saya ditanya "APAKAH SUMBANGAN GAPENA KPD SASTERA?"...huh berpeluh nak jawab.Lalu saya tumpukan kpd hal yang saya benar2 terlibat iaitu SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI HARI KEBANGSAAN.Dari awal jadi ajk penyelenggara, juri dan melatih deklamator dlm bengkel2. Setiap tahun ribuan anak muda BERBILANG KAUM datang ke pusat2 pertandingan di seluruh negara. Sayembara seperti ini mungkin dianggap mudah untuk diselenggarakan pada hari ini, tetapi memulakannya 30 tahun dahulu tidaklah semudah itu. Ketika harus merangka format, syarat, pemarkahan dan hal-hal yang berkaitan


Semua ini menyubur minat kpd puisi dan menyumbang kpd perpaduan kaum .
Banyak yg boleh cerita. Misalnya bila Jessica Ong pembaca berita dunia jam 10 RTM1, berkata dlm satu forum bahawa minatnya dlm bahasa Melayu bermula dgn deklamasi dan sayalah yang melatihnya, sejuk hati mendengar dan segalanya berbaloi.(Jessica berbaju hijau).

SDPHK menyumbang kepada pemajmukan sastera Melayu dan berperanan ke arah perpaduan kaum di negara kita. Saya bersyukur atas kesempatan yang diberikan untuk terlibat dalam acara ini.

DARI PENGALAMAN DALAM MENGENDALI DAN MENJADI JURI , SAYA TELAH MENULIS RENCANA DI BAWAH:

MENCARI CARA TERBAIK MENDEKLAMASI PUISI

NAMPAKNYA minat dalam deklamasi puisi semakin subur dengan tertubuhnya Kelab Penyair dan Deklamator Gapena dan grup deklamator DEKMAL. Baguslah kerana dengan kegiatan itu puisi dapat disemarakkan di tengah masyarakat. Saya pernah menjadi hakim Sayembara Deklamasi Puisi yang dijalankan oleh pelbagai pihak, khasnya Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan yang diterajui oleh GAPENA sebagai satu acara sambutan Bulan Kemerdekaan.


Wednesday, March 25, 2015

SEHARI DI UIA. 


Sembang Puisi di UIA Writers Festival membawa kenangan, Terima kasih sekalung intan kepada jurugambar berwibawa Nur Fatihin Rashid.Terima kasih Prof Faridah Abdul Manaf.  Banyak  yang ditanya oleh pelajar-pelajar dan saya jawab dengan sabar.
.

REKOD KEGIATAN SASTERA MUTAKHIR (setelah sekian lama tak mengemaskini blog)


 Oleh kerana saya menamakan blog ini PUSAT DOKUMENTASI ZURINAH HASSAN , maka wajarlah saya mengemas kini rekod kegiatan saya untuk sesiapa yang memerlukan rujukan. Mungkin ada juga kegiatan yang saya lupa,  Insya Allah saya akan cuba perbaiki..

AHLI JAWATANKUASA KERJA GAPENA

1992-1994
1994-1996
1996-1998

1998-2000
KEGIATAN LUAR NEGARA
1.    Membentang kertaskerja “Women Writers in Malaysia: The Road I Have Taken” di Asian Intellectual Heritage Forum, anjuran Institute of Asian Study, Chulalongkorn University, Bangkok 9 september hingga 12 september 2013.

2.    Menjadi Pembimbing Program Pemerkasaan Pantun Nusantara, anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara ( Mastera) 27 November hingga 3 Disember 2012 di Brunei Darussalam.

3.    Membentang kertaskerja “Alam, Pemikiran, dan Emosi dalam Pantun” di Program Pemerkasaan Pantun Nusantara, anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera), Brunei Darussalam 27 November 2012.

4.    Membentang kertaskerja “Ibnu Abdir Raheem sebagai Penerus Tradisi Penulisan Syair Brunei” di Majlis Bicara karya anjuran Asterawani dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 24. Mei 2014.

5.    Ahli Panel “Kolokium Syair Nusantara” Di Brunei Darussalam,  14 hingga 17 Februari  2013, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan Majlis Teater Pahang.

6.    Membaca puisi sebagai wakil penulis penulis Malaysia di acara sambutan 35 Tahun SEA Write Award dan Perisytiharan Bangkok sebagai World Book Capital oleh Unesco pada 21 – 24 April 2013.

7.  Pada 28 Februari berangkat ke New Delhi bersama Sasterawan Negara Prof Muhammad Haji Salleh sebagai penyair jemputan dalam Festival Puisi Antarabangsa Negara negara Indian Ocean Rim Association (IORA) yang  berlangsung pada 1 hingga  3 March 2014 di  New Delhi yang  turut disertai oleh penyair-penyair terkemuka dari negara-negara Australia, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Kenya, Madagascar, Malaysia, Mauritius, Mozambique, Oman, Seychelles, Singapore, South Africa, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, United Arab Emirates (U.A.E.) dan Yemen. Festival Puisi Antarabangsa anjuran Sahatya Akademi dan Kementerian Luar India.
8.    Menganggotai delegasi Malaysia ke Tokyo International Book Fair, Big Sight, Tokyo . Mengadakan acara Baca puisi di Favilion Malaysia, 1 – 6 Julai 2014. 

KEGIATAN DALAM NEGARA:
1.    Baca Puisi sempena Hari Puisi Sedunia anjuran Gapena 21 Mach 2015
2.    Menjadi juri Pesta Pantun Karnival Kolej-kolej Kediaman Universiti Malaya, 15 Mach 2015.
3.    Mengambil bahagian membaca puisi acara kutipan derma untuk mangsa banjir besar negara, UPM 23 januari 2015.
4.    Menyampaikan ceramah “Perkembangan Penulisan Puisi di Malaysia” di Universiti Malaysia Kelantan, 20. Disember 2014.

5.    Ahli panel diskusi “Puisi dan Lagu Rakyat ke Persada Antarabangsa” di Festival Puisi dan Lagu Rakyat, anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Karyawan Perak, Pangkor, 12. 12.2014

6.    Ahli panel diskusi buku “Politik, politik, politik” karya Zambry A.K.  di Festival Puisi dan Lagu Rakyat, anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Karyawan Perak, Pangkor, 13. 12. 2014

7.    Mengendali Bengkel Mengarang Syair dan Gurindam anjuran Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia dan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 26 – 28 November 2014.
8.    Memberi khidmat nasihat kepada persatuan Ikosas dalam menerbitkan buku antologi pantun
9.    Dialog dan ceramah kepada penuntut-penuntut UITM dalam acara Wacana Seni uitm1 oktober 2014
10. Baca puisi Patria anjuran Numera 23 november 2014
11. Menjadi tetamu dialog dengan pelajar Dept of English/English literature 18 November, 2014. Universiti Islam Antarabangsa.
12. Membentang kertaskerja bertajuk “Pemajmukan Sastera Demi Perpaduan Negara”, Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah, Alor Setar, Kedah, 24-26 Oktober 2014.
13. Menjadi hakim pertandingan berbalas Pantun Tiga Penjuru (DBP, RTM, DBKL) 30 Oktober 2014.
14.Memberi ceramah Peranan Puisi dalam Bahasa Melayu dan menjadi hakim pertandingan pantun.program pemukiman pemerkasaan bahasa melayu mcmc-dbp cherating. 9-11 oktober 2014 
15. Membentang kertaskerja “Sumbangan Johor dalam Perkembangan Puisi Melayu Moden”, Seminar Johor dalam Persuratan’ Johor Bharu 26. Sept. 2014.
16. Mengendali Bengkel penulisan untuk pelajar luar negara (Grup Karyawan Luar Negara), 29-31 Ogos anjuran dbp dan grup karyawan luar negara..
17. Juri pertandingan pantun dan gurindam. Institute pendidikan guru kampus bahasa melayu. 22-25 jun 2014. Dgn kerjasama dbp.
18. Baca puisi ISTIKRAR CINTA PANGGUNG SHAH ALAM, 19 april 2014
19. Malam puisi serikandi-numera march 8
20. Menghadiri 33rd world congress of poets ipoh perah 21-oktober13, 2014
21. Senandung puisi dan citra budaya dbp uitm puncak perdana 30 nov 2011.
22. Membimbing Bengkel Penulisan Puisi Tradisional,untuk pensyarah-pensyarah Maktab Perguruan, anjuran Institut Latihan Guru , Kementerian Pelajaran Malaysia, Gapena. 5 – 6 May 2014.
23. Membentang kertaskerja “Pembentukan Metafora Dalam Sajak-sajak A.Samad Said dan Baha Zain” di Seminar Pemikiran Sasterawan Negara II, anjuran Numera (Penyair Nusantara Melayu Raya) di Universiti Putra Malaysia, 26. April.2014
24. Menjadi panel Wawancara Sofa Putih di Pesta Buku Antara bangsa Kuala Lumpur atas tajuk “Cabaran Mengangkat  Peradaban Melayu ke Peringkat Antarabangsa Melalui Terjemahan, anjuran ITBM.26 April, 2014.

25. Membentang kertaskerja bertajuk Puisi Melayu Tradisional Dalam Lagu:Peranannya  Dalam Pembentukan Jatidiri Kebangsaan” di Hari Puisi Nasional Pulau Pinang Anjuran Gapena, 10 May 2013
26. Membentang kertaskerja “Gurindam:Rangkaian Nasihat dan Panduan” di
Wacana Puisi Melayu Tradisional anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, 11hb Julai 2012.Dewan Bahasa dan Pustaka.

27. Mengendali Bengkel Penulisan Kreatif anjuran Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, 17 April 2012.
28. Membentang kertaskerja bertajuk “Kearifan Melayu dalam Puisi Tradisional”  Ceramah Tokoh, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Tanjung Keling Melaka 20.11.2012.
29. Membentang makalah “Kapal Kertas dan Lautan Api: Analisis Penggunaan Unsur Alam” dalam Diskusi Buku anjuran Akademi Pengajian Melayu 19, Julai 2012.

30. Membentang kertaskerja bertajuk “Usman Awang: Peranan Sasterawan sebagai Patriot” di Seminar Patriotisme Persuratan dalam Peradaban  Melayu” di UPSI, 22.Disember 2011.

31. Menyampaikan ucaputama  di Seminar “Bersama Tokoh Penulis Tanahair: Zurinah Hassan”, anjuran.Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Malaysia, 23 November 2011.
Kegiatan sastera dari masa ke semasa
1.    Di samping menulis puisi, saya adalah seorang pengkaji dan pengamal puisi Melayu yang mengambil bahagian yang aktif dalam pembacaan sajak dan puisi tradisional, syair, gurindam dan nazam di majlis rasmi dan acara-acara sastera dan budaya, di Malaysia, Brunei, India dan Thailand. Dengan ini menyumbang ke arah memasyarakatkan puisi dan melestari puisi Melayu tradisi.
2.    Menjadi juri pertandingan pantun, syair dan deklamasi sajak dari masa ke semasa.
.
ACARA BACA PUISI DI RUMAH GAPENA,21 MACH




MENGHAKIMI PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN KARNIVAL 
ANTARA KOLEJ KOLEJ KEDIAMAN DI UM-15 MACH 2015. 



JADI HAKIM BERBALAS PANTUN DBP/RTM/DEWAN BANDARAYA, 
30 OKTOBER DI ANGKASAPURIBersama Dato'Aripin Said dan Roslan Madon



Sasterawan Hati kami 

Saya sungguh menghargai panggilan ini. 


SIMPANAN DARI FB- POSTING DARI SHIRLEY IDRIS
KENANGAN SAYA BERSAMA IKOSAS.Alhamdulillah dapat memberi sedikit bantuan untuk menerbitkan buku pantun Ikosas.


"Proses terakhir dalam menyelenggarakan Antologi Pantun IKOSAS yang pertama mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada Sasterawan Hati kami Dato Dr Zurinah Hassan.
Terima kasih Dato kerana tidak lokek ilmu.
Kami di IKOSAS menyanjung tinggi segala budi baik Dato kepada segala usaha dan sokongan. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Dato....aaminn"  Shirley Idris, Presiden Ikosas.
SENI MENGARANG SYAIR
BERPAKSI TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

Oleh: ZURINAH HASSAN.

Pengenalan:
Syair dan Pantun adalah dua subgenre kesusasteraan Melayu tradisi yang terus  akrab dengan masyarakat hingga ke zaman ini. Bentuk puisi Melayu tradisional ini mudah dikenali oleh khalayak, juga masih dikarang dan disebarkan melalui pelbagai media umpamanya dalam acara acara majlis dan dijadikan senikata lagu. Bentuk bentuk yang lain seperti gurindam, seloka, nazam, lebih lebih lagi kitaah, rubayat, mathnawi, semakin jarang ditulis malah kian sukar dikenali oleh generasi muda. Pantun diterima sebagai ciptaan asli masyarakat Melayu, manakala bentuk bentuk puisi yang lain ini dikatakan muncul daripada pengaruh kesusasteraan asing terutama Arab dan India. Hal ini terjadi apabila tanah leluhur Nusantara ini pada suatu masa dahulu menjadi tempat persinggahan para pedagang dan pengembara yang menunggu munsun beredar dan musim bertukar.  Di samping membawa pelbagai barang dagangan mereka turut membawa adat resam dan bahasa pengucapan, ekspresi seni termasuk puisi. Tidaklah diketahui bagaimana bentuk gurindam, seloka, nazam dan syair yang mula sampai di Nusantara.
            Dari segi pengistilahan dan teknis perkataan syair dipinjam daripada istilah Arab, syi,ir namun kata sepakat dikalangan sarjana telah tercapai bahawa istilah yang dipinjam ini telah dicorak dengan ragam tempatan dengan mengubah suku awal syi kepada sya , lalu menjadi syair. Syair telah menarik perhatian Sarjana dan pengkaji seperti A. Teeuw (1966), Winstedt (1967:186), Hooykaas (1965: 72) Syed Muhammad Naguib al-Attas (1969:178) yang telah mengulas dengan panjang lebar struktur dan asal usul syair Melayu. Tulisan ini juga tidak bertujuan mengulas perselisihan pendapat antara para sarjana tempatan dan  sarjana barat tentang perkara tersebut.  
Pada asalnya semua terminologi syair, seloka, gurindam, nazam dan sebagainya  bermaksud puisi iaitu karangan yang berangkap, sama halnya dengan erti puisi dalam Bahasa Melayu atau poems di dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu generasi ke generasi ia melalui perubahan dan istilah istilah tersebut merujuk kepada puisi2 tradisi Melayu yang mempunyai bentuk  dan ciri-ciri tersendiri serta mengambil fungsi yang berlainan di dalam masyarakat Melayu. perkataan syair  di dalam Bahasa Melayu mendapat pengertian yang khusus iaitu:
·         Mengandungi 4 baris dalam serangkap
·         Dalam satu baris terdapat 4 perkataan dan mengandungi 8-12 sukukata
·         Rima akhir syair adalah a-a-a-a
·         Satu rangkap syair tidak dapat berdiri sendiri sepertimana satu rangkap pantun.
·         Syair tidak mengandungi pembayang dan maksud seperti pantun

            Seni dan teknik mengarang syair memperlihatkan bahawa ianya berpaksi kepada prinsip-prinsip  Teori Pengkaedahan Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui analisis  isi dan pemikiran serta gaya penulisan syair. Pada umumnya tradisi mengarang syair Melayu ditandai oleh beberapa ciri penting yang mendasari penciptaan pujangga-pujangga silam yang lahir  di daerah Nusantara, iaitu:.
·         Memulakan syair dengan kalimah bismillah, memuji mensyukuri rahmat Allah
·         Menyatakan tujuan bersyair iaitu sebagai peringatan demi kebaikan
·         Merendah diri dan menyebut diri sebagai dagang yang hina, miskin dan bermusafir
·         Selalu menyebut nama Allah dan Rasul di dalam isi syair.
·         Menggunakan unsur alam dalam menyampaikan isi sajak.


TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU
Teori Pengkaedahan Melayu merupakan sebuah teori yang di kemukakan pada tahun 1989 oleh seorang sarjana tempatan, iaitu Prof Datuk Dr. Hashim Awang. Menurut Hashim Awang (2002:2), teori ini mengandungi rumusan atau formula yang berupa prinsip-prinsip umum tentang karya atau teks sastera dan amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu di mana pembentukannya adalah bertunjangkan realiti kehidupan dan keagamaan panghasil sastera.
Pendekatan-Pendekatan Dalam Teori Pengkaedahan Melayu
Teori ini terbahagi kepada dua pengkaedahan iaitu Pengkaedahan Alamiah dan Pengkaedahan Agama yang saling berkait antara satu sama lain. Dua pendekatan ini dibahagikan pula kepada tiga pendekatan. Tiga pendekatan yang ada di dalam Pengkaedahan Alamiah adalah Pendekatan Gunaan, Pendekatan Moral dan Pendekatan Firasat. Manakala tiga Pengkaedahan Agama pula ialah Pendekatan Dakwah, Pendekatan Kemasyarakatan dan Pendekatan Seni.
Pengkaedahan Alamiah merujuk kepada pendekatan yang berteraskan corak hidup masyarakat Melayu yang biasanya boleh dianggap sebagai masyarakat yang ‘mesra alam’. Hal ini bermaksud, masyarakat Melayu sering menjadikan alam sebagai sebahagian daripada diri mereka. Hashim Awang menyatakan bahawa, masyarakat Melayu sering menjadikan alam sebagai faktor untuk memberikan mereka pekerjaan, pengalaman, pengajaran dan kebajikan. Manakala, pengkaedahan keagamaan pula menggunakan pendekatan yang berteraskan akidah agama Islam. Maka, corak kehidupan masyarakat saling berhubung dengan pegangan agama mereka yang majoritinya beragama Islam. Mereka menjadikan al-quran dan hadis sebagai panduan.
Pendekatan Firasat
Pendekatan firasat berasaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah suatu kejadian alam yang dirakamkan dan dimanifestasikan dalam pengalaman hidup. Maka, dalam pendekatan ini, karya sastera di kaji untuk mencari dan menghuraikan pengalaman hidup, iaitu berhubung dengan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia tertentu dan seterusnya. pengalaman tersebut dapat disingkap untuk mengibarat atau memberi ikhtibar kepada pembaca atau khalayak. Pendekatan ini berasaskan kepada tanggapan bahawa sastera adalah satu kejadian alam semesta yang memberikan dan memperkayakan pengalaman hidup sama seperti yang ada dalam pendekatan moral. Kejadian alam yang difokuskan di adalah keinginan dan imaginasi yang melahirkan mimpi. Bagi masyarakat Melayu, mimpi merupakan pengalaman hidup yang menarik dan bermakna dalam kehidupan. Mimpi sering diberikan perhatian untuk mendapatkan pengertian atau makna di sebalik kelahirannya. Maka, sastera perlu dilihat sebagai mempunyai sifat-sifat zahir dan batin atau yang disebut sebagai yang tersurat atau tersirat menjadi alamat untuk mendapatkan makna yang tersirat.
a)    Pendekatan Gunaan
Pendekatan gunaan melihat sastera sebagai objek ciptaan yang sama dengan konsep penciptaan objek-objek lain ciptaan Allah. penciptaan yang dibuat mempunyai sebab, tujuan, dan fungsi yang tersendiri. Menurut Hashim Awang (2002), hasil karya yang dicipta akan diteliti dari sudut kegunaan atau manfaat penghasilannya kepada pembaca atau khalayak, dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Jenis atau bentuk kegunaan bergantung kepada pembaca yang menikmati atau mentafsirnya. Dalam hal ini, sastera Melayu, seperti pantun telah mengambil peranan sebagai media pendidikan, alat penawar jiwa, pengungkap perbilangan adat, serta panduan dan tatacara hidup bermasyarakat. Hal ini sama juga seperti objek ciptaan Tuhan, umpamanya sungai yang menjadi sumber air untuk menusia dan segala makhluk Allah. 
b)    Pendekatan Moral
Pendekatan Moral adalah ekoran daripada dasar yang terdapat di dalam pendekatan pertama. Namun, ia bukan sebagai kewujudan memberi kegunaan tetapi kejadian yang bersifat pengalaman hidup. Maka, dalam pendekatan ini, karya sastera dikaji untuk menyingkap dan menyatakan pengalaman hidup, iaitu berhubung dengan peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh manusia-manusia tertentu dan seterusnya. Pendekatan ini dapat dilihat untuk mengibarat atau memberi ikhtibar kepada pembaca tau khalayak.
c)    Pendekatan Dakwah
Pendekatan ini melihat sastera sebagai wadah untuk mempertingkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah. Setiap karya yang sastera itu dianggap boleh menyampaikan persoalan-persoalan dan memaparkan sifat-sifat kemuliaan dan ketinggian kekuasaan Allah. Sastera di sini dapat diibaratkan sebagai ‘kitab’ yang dapat membantu insan menganali dengan lebih dekat, sifat dan diri Tuhan sehingga timbulnya pertambahan dan peningkatan rasa kecintaan dan kehormatan insan terhadap-Nya. Maka, karja sastera dilihat sebagai mampu menjelaskan kemurnian dan kelebihan agama Islam. Di samping itu, karya sastera juga dikatakan boleh memaparkan kesucian agama Islam dan menjadi alat mengembang agama Islam.
d)    Pendekatan Masyarakat
Pendekatan ini memberi perhatian kepada aspek isi dan persoalan yang menjadi kebaikan dan keadilan dalam masyarakat seperti yang dituntut oleh agama. Sastera boleh dijadikan objek untuk menguraikan punca kepincangan masyarakat dan permaslahan yang diihadapi oleh masyarakat. Maka, dapat dilihat bahawa kepincangan yang dihadapi dalam masyarakat yang dipaparkan mestilah bertujuan untuk menapai kesejahteraan hidup bermasayrakat dan pengukuhan keimanan serta ketaqwaan. Antara isu-isu yang dilihat ialah ketidakadilan, kemungkaran, penipuan, rasuah dan sebagainya. Boleh dikatakan bahawa, segala aspek politik, ekonomi, moral, pemikiran menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat akan dijadikan subjek utama.
e)    Pendekatan Seni
Pendekatan seni memberi tumpuan kepada unsur keindahan dalam sastera. Keindahan yang dimaksudkan ialah keindahan nilai etika yang sudah pasti pula tidak bertentangan dengan akidah serta ajaran Islam. Keindahan yang demikian sifat dan tuntutannya, menjadi objek penelitian untuk ditemukan dalam sastera menerusi pelbagai aspek atau unsur pembinaannya; bentuk harfiah dan dalamannya, gaya penceritaan, kaedah pendedahan tema dan watak, pemakaian sudut pandangan, atau gaya bahasanya. Apa yang dipentingkan daripada penggunaan pendekatan ini dalam penelitian sastera ialah menemukan segala-galanya untuk kemudiaannya menghasilkan ‘keindahan’ itu kembali, bagi memperkukuhkan tapak-tapak asas yang murni lagi suci,iaitu keimanan, ketakwaan, dan kecintaan kepada Allah
Hashim Awang mengatakan bahawa, karya sastera diukur daripada isi dan penyampaiannya. Isi yang baik adalah isi yang membawa nilai yang baik dan positif yang dapat memberi teladan kepada orang Islam secara khusus dan juga kepada bukan Islam. Daripada perspektif Pendekatan Seni, penyampaian unsur pisitif di dalam sesebuah karya ini tidak semestinya bersifat langsung, ia dapat disampaikan secara halus.
Seni mengarang syair Melayu
            Prinsip prinsip Teori Pengkaedahan Melayu yang bertunjangkan alam dan agama Islam, jelas terlihat di dalam syair-syair yang dikarang oleh pujangga Melayu. Tulisan ini berpandukan beberapa syair tersohor Nusantara. Pilihan ini adalah untuk mengimbangkan penulisan syair yang lama hingga ke penulisan terkini.
1.    Syair Perahu, karangan Hamzah Fansuri, penyair tasawuf agung Melayu di Aceh abad ke 17,
2.    Syair Rakis, karangan Pengiran Md Salleh ditulis  sekitar 1840han, diterbitkan semula oleh Pusat Sejarah Brunei, tahun 1983.),
3.    Syair Asli Rejang Hari,karangan Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adu Khairi Waddien , Sultan bagi Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan nama Muda Omar Ali Saifuddin
4.    Syair Madah Permata karya Ibnu ‘Abdir- Raheem,  2001, ( edisi kedua 2014)., Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. 
Memulakan dengan kalimah bismillah dan memuji Allah dan Rasul.
            Pada umumnya Pengarang syair akan bermula dengan  menyebut nama Allah dan berselawat ke atas RasulNya diikuti dengan pengarang menyatakan niat atau tujuannya menulis syair.
Bismillah itu mula karangan
gurindam bayu nama timangan
kisah rencana dagang buangan
nestapa lara di gunung larangan
                        (Syair Rakis rangkap pertama)
kumulakan syair dengan bismillah
sambil bertahmid Alhamdulillah
Mensyukuri rahmat kebesaran Allah.
 Atas nikmatnya yang tidak terjumlah 
                        (Madah Permata: 3)



Bermula bismillah syair dicipta.
Mensyukuri Allah maha pencipta
Tuhan pentadbir alam semesta.
Rahmatnya luas merata rata.
              (Madah Permata :2)

Menyatakan tujuan bersyair:
            Sesudah melafazkan Bismillah, seorang pengarang,akan menyatakan tujuan beliau mengarang syair itu. Pengarang akan mengatakan bahawa beliau sedang menulis syair dengan sesuatu tujuan yang biasanya adalah untuk menyampaikan pesan ke arah kebaikan untuk masyarakat, negara,  bangsa dan agama. Ini adalah selaras dengan penciptaan sastera Melayu sebagaimana yang telah  disebutkan di dalam Teori Pengkaedahan Melayu, iaitu sastera dikarang oleh pengarang dengan penuh kesedaran akan peranannya sebagai pengarang,  sepertimana beliau sedar akan kewujudan dan tanggungjawabnya sebagai insan ciptaan Allah. menyatakan bahawa tujuan syair. Permulaan atau rangkap satu Syair Bidasari berbunyi:
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil-ibarat.

Syair Bidasari (Jamilah Haji Ahmad (ed.) 1989), ialah syair naratif atau syair cerita. Hal ini disedari oleh pengarangnya yang mengatakan bahawa syair tersebut ”dijadikan hikayat”, namun hikayat atau kisah yang terdapat di dalamnya bukanlah untuk hiburan semata-mata. Pengarang  menyatakan bahawa beliau mengarang dengan tujuan menjadikannya  ”tamsil ibarat”, menepati  fungsi sastera sebagaimana diperjelaskan oleh Teori Pengkaedahan Melayu.
Mengarang hikayat dengan niat untuk menjadi teladan atau ibarat adalah selaras dengan prinsip teori yang melihat karya sastera sebagai sumber contoh teladan dan pengibaratan yang dapat membawa kebaikan kepada kehidupan manusia. Hal ini terbentuk oleh tujuan yang dinyatakan di dalam Al-Quran “Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah) dan contoh teladan (mengenai) kisah-kisah dan berita orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu)bertaqwa” (Surah An-Nur, ayat 34 ).
            Hamzah Fansuri Pengarang Syair Perahu juga menyatakan bahawa tujuan menulis syair ialah untuk “membetuli jalan tempat berpindah”. Dengan ini pengarang memberi peringatan kepada pembaca yang mungkin tergelincir atau  alpa, dalam kehidupan dunia yang penuh pancaroba ini.  
Inilah gerangan suatu madah
Mengarang syair terlalu indah
Membetuli jalan tempat berpindah
Di sanalah iktikad diperbetuli sudah.

Kesedaran ini turut dilihat pada Muda Omar Ali Saifuddien yang menyatakan bahawa tujuan mengarang syair adalah untuk menyampaikan pesanan kepada anakndanya supaya mengenang jasa orang orang yang telah berbuat kebajikan.
Anaknda tuan mahkota Hassan
Kepada anaknda ayahnda berpesan
Hendaknya dikenang jasa berkesan
Pada mengingatkannya janganlah bosan.
         (Syair Asli Rajang Hari: rangkap 91).

Ibnu Abdir Raheem menyatakan bahawa tujuan menulis syair ialah untuk direnung dan difikirkan
Syair bernama madah permata.
Kukarang untuk anakku tercinta
Sebagai bingkisan mutiara kata.
Menjadi penyuluh di gelap gelita
                     (Madah Permata: 3).

            Memulakan syair dengan lafaz Bismillah diikuti dengan menyatakan dengan jelas tujuan bersyair adalah teknik mengarang yang berpaksikan Teori Pengkaedahan Melayu. Melafazkan nama Allah menandakan bahawa penyair Melayu menulis dengan niat bahawa setiap sesuatu yang dibuat mestilah kerana Allah. Melafazkan tujuan menulis  boleh disamakan dengan menzahirkan dan meneguhkan niat di dalam melakukan ibadat. Mengikut Hashim Awang, “lazimnya pengarang Melayu memulakan penulisan dengan memuji kebesaran dan kekuasaan Allah, dikuti dengan ucapan salawat kepada Nabi Muhammad saw. dan kemudiannya dijelaskan niat dan tujuan murninya menghasilkan karya. Selepas itu barulah penulisan teks, atau penulisan karya sebenar terlaksana". (Hashim Awang,1993)
            Hal ini juga membuktikan bahawa Pengarang Melayu sentiasa berpegang kepada pada hakikat bahawa  Allah mencipta sesuatu dengan bertujuan, iaitu untuk memberi manfaat kepada manusia. Dan manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah menepati ayat yang bermaksud “Tidak kucipta jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”. Penciptaa syair membuktikan bahawa pemikiran pengarang dibentuk oleh ajaran Islam  bahawa Manusia dicipta dengan tanggungjawab untuk memakmurkan bumi Allah  dan menegakkan kalimah syahadah, iaitu menegakkan syariat Islam. Hal ini sangat lumrah dalam syair Ibnu Abdir Raheem.
Dengan kejadian sempurna dan indah.
Manusia diciptakan membawa risalah
Demi menegakkan kalimah syahadah.
Kalimah tayyibah lailahaillah
                                                              (Madah Permata:5)

Semuanya itu diciptakanAllah.
 Yang maha pengasih lagi pemurah
Supaya manusia mengambil faedah.
Bagi mengukuhkan iman dan akidah.
                                                              ( Madah Permata: 9).

Pengarang syair merendah diri.
            Gaya penulisan syair seterusnya ialah Pengarang memperkenal dan menyebut dirinya  sebagai miskin dan fakir. Dalam masa menulis itu pengarang menggambarkan diri sebagai sedang bermusafir, berdagang atau berkelana.  Kata dagang membawa citra pengembara yang berada di tempat orang, justeru itu tidak berkuasa Ini adalah gaya merendah diri yang digunakan oleh pencipta pantun, sebagaimana yang digambarkan di dalam pantun berikut:
Kajang tuan kajang berlipat
       Kajang saya mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
      Dagang saya terbuang lalu

            Pengenalan diri pengarang sebagai pengembara yang tidak berdaya itu tergambar di dalam Syair Rakis:
Namaku Misa Panji Larangan
dari kecil timang-timangan
sudah sekarang buang-buangan
di negeri orang keseorangan.

Di gunung larangan asmara guna
menyamar jadi papa kelana
segenap desa pantai saujana
membawa nasib tiada berguna

 Gambaran rendah diri, berkelana atau bermusafir itu terdapat di dalam ungkapan  buang buangan, membawa nasib tiada berguna, di negeri orang keseorangan, papa kelana,
            Amalan merendah diri menjadi kelaziman pengarang syair tidak kira walaupun pada realitinya Pengarang adalah seorang Sultan yang memiliki kekayaan dan kuasa. Hal ini jelas dilihat dalam Syair Asli Rajang Hari karya Muda Omar Ali Saifuddein, iaitu nama yang digunakan oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adu Khairi Waddien , Sultan bagi Negara Brunei Darussalam.
Kadar hanya menyusun sajak.
Dagang nin bukan yang pandai bijak
Hanya mengikutkan dakwat melajak.
Kalam berlari tiada berjejak.
                          (Syair  Asli Rajang Hari: 495)
            Rangkap ini memperlihatkan bagaimana seorang pengarang syair tetap menggambarkan keadaan dirinya sebagai tidak berkuasa dan tidak berdaya walaupun pada realiti kehidupannya adalah seorang yang memiliki kuasa.  Citra ini dibawa oleh dua baris “Dagang nin bukan yang pandai bijak/Hanya mengikutkan dakwat melajak”. Pengarang mengaku dirinya bukan seorang yang bijak.  dan hanya mengharapkan kuasa lain iaitu  kuasa Allah untuk melajakkan kalam atau menggerakkan pemikirannya.  Ini adalah suatu pengakuan terhadap kuasa Allah di dalam menggerakkan ilham yang menjadi pegangan dalam proses kreatif atau kepengarangan Islam
            Citra miskin dan dagang diteruskan oleh Ibnu Abdir Raheem.

Dengarlah anakanda muda jauhari.
Tiada harta yang dapat kuberi
Melalui syair ayahnda berperi.
Sebagai panduan di kemudian hari

PENGGUNAAN UNSUR ALAM SEBAGAI PERLAMBANGAN.
Citra alam menambah nilai estetika di dalam puisi Melayu khasnya puisi Melayu tradisi termasuk syair.  Penggunaan unsur alam berkait rapat dengan  Pendekatan Firasat, Teori Pengkaedahan Melayu, yang menggariskan bahawa penciptaan sastera adalah sebahagian daripada kejadian alam yang mempunyai makna atau maksud, atau berlaku dengan unsur kemisterian yang penemuannya itu hanya dapat dikerjakan melalui proses takbir atau tafsiran. Kemisteriannya itu terdapat dalam bentuk corak atau teknik penyampaiannya, seperti penggunaan bahasa yang berlapis dan pemakaian lambang terutama lambang dari unsur unsur dan objek objek alam dan alamiah, Kemisteriannya itu juga terdapat dalam corak persembahannya, maksudnya karya sastera itu mengandungi makna di sebalik apa yang berlaku. Ini bererti bahawa sastera itu mengandungi dua lapis makna, iaitu lapis makna yang tersurat dan lapis makna yang tersirat. Makna yang pertama adalah jelas, tetapi makna yang kedua memerlukan mata hati, atau pemikiran dan keintelektualan untuk memahaminya. Hal yang pertama itu dipenuhi dengan penanda atau alamat tertentu, yang terkandung dalam pemaparan pengisahan dan maklumat pada hasil karya sastera. Dari lapis yang tersurat ini  akan dapat dicari makna yang tersembunyi. Makna yang tersembunyi itulah yang menjadikan sesuatu hasil karya sastera benar-benar bermutu (Hashim Awang, 2002:5).
            Hal ini dianalisis melalui gaya pengucapan Syair Rakis.
Di gunung larangan asmara guna
menyamar jadi papa kelana
segenap desa pantai saujana
membawa nasib tiada berguna

Membawa nasib untung sendiri
meninggalkan rumah anak isteri
masuk segenap desa dan negeri
seperti orang hendak mencari

Seperti burung lepas tangkapan
terbangnya tiada lagi hinggap hinggapan
bunga dan buah tiada dimakan
daripada bagas kemasygulan

Sebut namaku dagang asmara
tiada tentu desa negara
bercerai dengan sanak saudara
membawa nasib untung ketara

namaku Misa Panji Larangan
dari kecil timang-timangan
sudah sekarang buang-buangan
di negeri orang keseorangan.

            Setelah baris pembukaan “bismillah itu mula karangan”, pengarang Syair Rakis memperkenalkan dirinya dengan nama Gurindam Bayu dan  Dagang Asmara tidak sebagai seorang Pengiran, keluarga diraja dan wakil pemerintah Brunei di Sarawak. Perkataan Bayu dan Dagang memberi gambaran kedudukan yang tidak tetap. Pengarang seterusnya menggambarkan keadaan dirinya yang nestapa, menjadi   dagang buangan yang sedang membawa diri di segenap desa dan pantai yang saujana.
            Syair ini diperindah dengan penggunaan  imej alam seperti gunung,  pantai, dan burung yang sedang terbang.. Terdapat unsur metafora gunung larangan yang membawa maksud suatu tempat yang terpencil dan penuh kesukaran ; pantai saujana memberi gambaran  tempat yang sangat luas  dan perjalanan panjang yang telah ditempuhi untuk  mencari sesuatu. Penyair membuat misalan dirinya seperti  burung yang sedang terbang tetapi tidak hinggap di mana-mana ranting dan tidak singgah untuk mematuk buah dan bunga. Pengarang syair menganggap dirinya sedang merana keseorangan. Gambaran ini adalah tepat untuk menimbulkan suasana cemas seorang yang sedang dalam pelarian atau sedang diburu. Pembaca tertanya-tanya adakah dia telah dianiaya dan disingkir daripada tempatnya yang hak.  Adakah dia sedang diburu oleh musuh sehingga  takut untuk berhenti atau berehat di mana-mana. 
            Terdapat unsur metafora gunung larangan yang membawa maksud suatu tempat yang terpencil dan penuh kesukaran ; pantai saujana memberi gambaran  tempat yang sangat luas  dan perjalanan panjang yang telah ditempuhi untuk  mencari sesuatu. Penyair membuat misalan dirinya seperti  burung yang sedang terbang dan oleh kerana berada di dalam kecemasan,  tidak hinggap di mana-mana ranting dan tidak singgah untuk mematuk buah dan bunga.
            Ibnu Abdir Raheem sebagai penerus tradisi kepenyairan Melayu turut menerapkan unsur alam di dalam syair syairnya.  Terdapat citra alam yang diadun di dalam bentuk perlambangan, metafora, simile dan personifikasi sebagai  perantara bagi membawa makna yang mahu disampaikan. Analisis penggunaan unsur alam dalam syair IAR dibuat berpandukan rangkap rangkap di bawah:
Allah ciptakan bulan dan bintang
siang  dan malam pagi dan petang
Laut yang biru luas terbentang
 bukan sekadar untuk dipandang
                        (Madah Permata: 24).

Allah ciptakan siang dan malam.
Yang satu terang yang satu kelam
Hikmatnya luas amat mendalam
Bukti keagungan khalikul alam.
                       (Madah Permata : 4).

Dua rangkap di atas merujuk kepada kejadian alam khasnya cakerawala, peredaran waktu dan hari, siang dan malam  yang telah diatur oleh Maha Pencipta. IAR menyebut kejadian bulan dan bintang dan laut biru terbentang yang bukan semata-mata untuk dipandang tetapi mesti diperhati dan difikirkan. Kejadian bulan dan bintang juga dijelaskan  di dalam ayat Al-Quran yang bermaksud; ”Dan Ia pula yang mencipta matahari dan bulan serta bintang-bintang semuanya tunduk kepada perintahNya” (Surah Al-A’raf, ayat 54). Mohd. Kamal Hassan, “Seni dan sastera yang dituntut oleh Islam mendapatkan visi hidupnya dan visi keindahannya daripada Al-Quran yang amat nyata memperlihatkan pertemuan yang sempurna antara kebenaran, kebaikan dan keindahan bahasa” (1981: 49).
           Pertukaran malam dan siang adalah ketentuan Allah yang membuktikan kebijaksanaanNya. Pemikiran ini adalah selaras dengan maksud ayat “Bahawa sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal (Surah Ali-Imran, ayat 190). Peredaran waktu  adalah bukti kesempurnaan ciptaan Allah SWT dan rahmat yang dikurniakanNya. Hal ini diterangkan melalui ayat yang bermaksud, “Dan sebahagian daripada rahmat Allah itu ialah dijadikanNya bagimu malam dan siang, agar kamu dapat beriistirahat dan bekerja mencari rezeki kurniaNya, dan akhirnya agar kamu sekelian suka bersyukur” (Surah al-Qasas, ayat 73).
            Penggunaan unsur alam juga terdapat di dalam bait:
Ingatlah wahai anakanda tersayang.
Payung yang buruk jangan dibuang
Dibawa berjalan di hari benderang.
Kemungkinan hujan menjelang petang.
                                   (Madah Permata:23).
            Pada rangkap ini terdapat simbolisme yang menarik. IAR menggunakan unsur cuaca untuk menerangkan tentang kehidupan manusia yang tidak dapat ditentukan atau diramal kerana segalanya berada di bawah takdir Allah SWT.  Cuaca terang dikaitkan dengan waktu senang sementara hujan menandakan kesukaran.  Keadaan cuaca yang tidak menentu mengingatkan manusia supaya berhati-hati.
Suatu simbolisme yang lumrah di dalam puisi Melayu, ialah laut dan lautan. Simbol laut dan dan perjalanan laut  telah digunakan oleh pemikir Melayu untuk memahami dan menjelaskan konsep-konsep metafizik. Antara pemikir Melayu-Islam yang terkenal dalam mempelopori kaedah pemikiran simbolik ini ialah Hamzah Fansuri, yang menggunakan perahu yang belayar di laut sebagai perjalanan hidup manusia menuju ke akhirat di dalam syair Perahu yang termasyhur itu. 
Wahai muda kenal dirimu
ialah perahu tamsil tubuhmu
tiadalah berapa lama hidupmu
ke akhirat juga kekal diammu.

Hai muda arif budiman
hasilkan kemudi dengan pedoman
alat perahumu jua kerjakan
itulah jalan membetuli insan
 (Syair Perahu , sumber: Harun Mat Piah, 1997:255)
Aplikasi Pendekatan Firasat terhadap syair syair ini memperlihatkan bahawa hidup manusia umpama perjalanan menuju ke suatu pelabuhan yang telah ditentukan. Ibnu Abdir Raheem meneruskan simbolisme ini
Hidup bagaikan suatu pelayaran
 penuh ranjau serta cabaran
jika berani menghadapi kesukaran.
pasti selamat sampai di pangkalan.
                                                (Madah Permata: 27)

            Di sini pengarang menggunakan laut bagi mengibaratkan bahawa hidup di dunia diibaratkan satu pelayaran yang pasti menempuh  ombak, gelombang dan badai. Manusia harus tabah dan sabar disamping meningkatkan ilmu bagi menempuh segala rupa kesukaran. Pada laras yang lebih tinggi laluan ini mengandungi makna tersirat, iaitu kehidupan dunia adalah laluan ke akhirat, iaitu yang dilambangkan oleh IAR sebagai “Sampai di pangkalan”. Aspek ini selaras dengan  ayat Al-Quran yang bermaksud, , “Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki dan juga supaya kamu bersyukur (Surah Al-Jaathiyah, ayat 12).
Pandangan yang diutarakan ini dapat dibandingkan dengan pemikir-pemikir Islam yang turut mengumpamakan kehidupan di dunia sebagai satu pelayaran di tengah lautan yang dalam. Syeikh Abdul Qadir Al Jailani berucap di Madrasah al-Ma’murah, 9 Zulkaedah 545 H. “Wahai anakku, dunia ini adalah samudera, dan iman adalah perahunya. Angin haluan adalah ketaatan, sementara pantai itu adalah ibarat akhirat” (2003: 157).Beliau juga mengucapkan:
Waspada dan hati-hatilah kamu terhadap gelombang samudera dunia, kerana tidak sedikit makhluk yang karam di dalamnya. Ia merupakan samudera yang sangat dalam, yang mampu menenggelamkan segala-galanya. Hanya sahaja Allah akan menyelamatkan daripada hempasan gelombang samudera itu  (2003:44).

            Beberapa rangkap syair IAR turut mengandungi perlambangan dari tumbuh tumbuhan. Antara bait yang paling berkesan dan memperlihatkan nilai estetika yang tinggi ialah:
Dunia ini ladangnya akhirat.
Benihnya iman serta syariat
Bunganya takwa serta ibadat.
Buahnya syurga di hari kiamat
                          (Madah Permata:26)

            Rangkap ini mengumpamakan dunia sebagai ladang. Hasil tanaman adalah amalan yang akan diberi ganjaran di hari kemudian. Perlambangan ini memperlihatkan jalur pemikiran yang berakar umbi dan terbentuk oleh Islam.  Menanam pokok atau berladang sering dijadikan simbol berusaha untuk mendapatkan ganjaran di akhirat. Ternyata pemikiran ini dipengaruhi oleh hadis Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Dunia adalah ladang akhirat. Barang siapa menanam kebaikan, maka dia akan memetik hasil keuntungannya. Dan barang siapa menanam keburukan, maka penyesalan adalah hasil yang akan dipetiknya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis dipetik oleh Abdul Qadir Al-Jailani di dalam bukunya Al-Fath Ar-Rabbani yang diterjemahkan sebagai Wahyu Agung oleh Muhammad Qodirun Nur (2004:35).
KESIMPULAN:
            Seni mengarang dan tradisi penulisan syair Melayu adalah selaras dengan penciptaan sastera yang digariskan di dalam Teori Pengkaedahan Melayu iaitu sastera yang menjalankan fungsi dedaktik dan menyampaikan pesan ke arah kebaikan. Mengarang syair Melayu adalah proses kreatif yang berpaksikan amalan dalam kehidupan Islam yang menggariskan bahawa setiap perbuatan harus dilakukan dengan tertib, mengikut aturan dan hukum-hukum yang sudah ditetapkan. Teknik penulisan ini mengukuhkan pandangan Hashim Awang bahawa  Pengarang Melayu sentiasa berpegang kepada pada hakikat bahawa  Allah mencipta sesuatu dengan bertujuan, iaitu untuk memberi manfaat kepada manusia. Dan manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah menepati ayat yang bermaksud “Tidak kucipta jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku”. Dengan adanya teknik atau keteraturan itu timbullah keindahan seni, atau estetika, dalam penciptaan sastera tersebut. Hal ini adalah bertepatan dengan tuntutan Islam sebagai agama yang mengutamakan keteraturan dan keindahan. Tuntutan ini dijelaskan melalui dua buah hadis nabi yang masing-masing bermaksud bahawa "Tuhan itu indah dan Dia sukakan keindahan" dan " Dari sudut Pendekatan Gunaan sastera dilihat sebagai suatu objek atau benda ciptaan yang sama dengan konsep penciptaan objek-objek lain ciptaan Tuhan. Kejadiannya atau penciptaannya itu mempunyai sebab, hikmah, fungsi tujuan, serta ukuran dan imbangannya.  Sastera/syair dicipta supaya boleh dimanfaatkan oleh manusia sama seperti objek alam yang lain, bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar" (Surah az-Zumar, ayat 5).
            Syair juga berisi  seruan  untuk anggota masyarakat supaya mengerjakan kebaikan, memberi motivasi kepada masyarakat untuk  mempertingkatkan kedudukan dan kemuliaan diri sendiri dan saudara-saudara sebangsa dan seagama.Mengarang syair dijadikan kegiatan berdakwah iaitu kegiatan yang dituntut oleh Islam mematuhi seruan yang terkandung di dalam ayat yang bermaksud  "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar. Dan merekalah umat yang beruntung" (Surah Ali-Imran ayat 104).

RUJUKAN

Aminah Haji Momin, 2009, “Mencarukkan Syair Asli Rajang Hari dari perspektif sastera Islam, Pangsura, Jurnal Pengkajian Dan Penelitian Sastera Asia Tenggara , Januari- Jun 2009.
Ibnu ‘Abdir- Raheem,  2001, ( edisi kedua 2014)., Syair Madah Permata, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. 

Pengiran Shahbandar Pengiran Md. Salleh Ibnu Pengiran Sharmayuda, Syair Rakis / kata pengantar  Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama, Awang Haji Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awang Haji Umar, Pusat Sejarah Brunei 1983.
Zurinah Hassan, 2010,  Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden,  Bangi,  Penerbit Ukm,
Zurinah Hassan, 2012, Puisi Melayu Tradisional, Pantun, Syair, Gurindam, Seloka, Kuala Lumpur.  Pekan Ilmu,