ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Monday, February 11, 2013




PEMBENTUKAN IDENTITI WANITA: PENDEKATAN FEMINISME PUISI-PUISI TERPILIH ZURINAH HASSAN.
(sedutan kertaskerja Dr. Suzana Muhammad (Universiti Sains Malaysia)yg mengulas kumpulan puisi Pesanan Dari Gunung Ledang/ A Message From Mount Ledang 2004, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka) yg dibentangkan dalam  “Seminar Kefahaman Budaya ke VIII: Zurinah Hassan, Sirih Pulang ke Gagang”, yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang pada 18 Disember 2004 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia. 

Saturday, February 09, 2013


MUHAMMAD HAJI SALLEH

kertaskerja ini disampaikan di Seminar Budaya “Seminar Kefahaman Budaya ke VIII: Zurinah Hassan, Sirih Pulang ke Gagang”, yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang pada 18 Disember 2004 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia. 


Monday, February 04, 2013


utusan on line.

ARKIB : 15/04/2003

Permainan kata-kata simbolik Zurinah

Buku
Judul: Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi
Pengarang: Zurinah Hassan
Harga: RM30.00
Penerbit: Penerbit UKM
Pengulas: Noraini Abdul Razak
Wanita sememangnya berjiwa halus dan sering tersentuh perasaannya apabila berhadapan dengan peristiwa yang mungkin bagi kaum lelaki tidak mempunyai sebarang nilai.
Bagaimanapun tidak semua wanita dianugerahkan kelebihan menggunakan kehalusan jiwa untuk menghasilkan bait-bait puisi yang indah.


Citra Manusia Dalam Kumpulan Puisi Salasilah Oleh Zurinah Hassan: Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu



1. PENGENALAN


Teori Pengkaedahan Melayu adalah sebuah teori yang mempunyai keutuhan yang tersendiri. Teori ini mula diketengahkan oleh Profesor Dato Dr. Hashim Awang dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 29 Oktober hingga 1 November 1989. Teori ini berdasarkan realiti kehidupan dan persekitaran bangsa penglahir karya. Hampir keseluruhan aspek keberadaan dan kehidupan zahir dan batin bangsa Melayu dilihat dan diambil untuk dijadikan dasar pembentukkannya. Selain daripada itu, keseluruhan aspek karya iaitu aspek dalaman dan luaran dapat dijadikan subjek atau persoalan untuk dikaji, dikritik dan dinilai.

Saturday, February 02, 2013

cerpen ini pernah tersiar di Dewan Sastera (2010)

Wan Tempawan (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita bangsawan Kedah. Dia adalah di antara ramai lagi orang-orang bangsawan (dan bukan bangsawan) yang kehilangan tanah kepada bangsa lain. Cerpen ini ditulis kerana saya sangat terganggu dengan kejadian tanah-tanah orang-orang Melayu yang jatuh ke tangan orang lain.