ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, December 11, 2012

PEMERKASAAN PANTUN NUSANTARA

Acara ini berlangsung dari 28 November hingga 2 Disember di Brunei Darussalam. Ini adalah acara MASTERA (majlis sastera Asia Tenggara) yang memartabatkan pelbagai genre karya sastera termasuk sastera tradisional iaitu Pantun. 

Acara dimulakan dengan Seminar Pantun di Bandar Seri Begawan. 6 buah kertaskerja dibentang oleh wakil-wakil dari negara2 anggota Mastera iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Saya mewakili Malaysia membicarakan makalah bertajuk 'ALAM, EMOSI DAN PEMIKIRAN DALAM PANTUN" (makalah itu ada di blog ini). Esoknya kami ke Tasik Serubing, sebuah taman rekreasi untuk bengkel pantun. Saya menjadi pembimbing memberi bimbingan kaedah mengarang pantun. 

Sesudah tiga hari berbengkel, diadakan pula Festival Pantun dengan persembahan nyanyian dll dari pantun. Hampir setiap malam kami menyaksikan MUKUN. Rupa-rupanya ia lebih hebat dari dondang sayang kerana pemukun berbalas pantun dengan kadar segera seperti tidak ada masa lagi untuk berfikir.

bergambar di Tasik Serubing
Segalanya sangat mengkagumkan tetapi yang paling disyukuri di sini adalah suasana damai  dan limpah kemewahan yang terlihat. Di sini Islam sangat dimuliakan. Syukur, dengan amalan membaca surah Al-Fatihah dan berdoa dalam setiap majlis.

Acara penutup diadakan di Tutong.

Selamat tinggal Brunei, ada umur berjumpa lagi.

pasukan MUKUN Jambu Merah
Di rumah Pengarah dbp Brunei, Dayang Hajah Aminah Momin yg budiman

Bersama Hjh Shamsiah Manaf yang sudi menjalin tali persaudaraan, banyak budi yang  dibawa pulang

No comments:

Post a Comment