ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Friday, December 22, 2006

Anak saya faiz ,bermain gitar harmonica dan taufiq,bermain percussion.saya meluangkan masa bersama anak anak sambil menyanyikan lagu kesukaan kami.

Wednesday, December 20, 2006

Yang bermain keyboard itu anak sulungku Raihani Mohamed Saaid. Dia juga seorang penulis muda yang gigih. Sajak-sajaknya telah tersiar di majalah-majalan Dewan Sastera, Berita Minggu dan penerbitan-penerbitan lain. Tahun lalu dia memenangi Hadiah Sastera Perdana bersamaku. Itulah kenangan indah buat kami. Raihani baru konvo tahun 2006 , muncul penerima Anugerah Dekan untuk Seni Persembahan. Berpengalaman menulis skrip filem dan TV. Dah menang hadiah Finas, buat voice over untuk RTM , pembantu penerbit rancangan TV.
Buat masa ini belum ada jawatan tetap.

Gambar ini diambil oleh Nisah Haron pada majlis penutup Minggu Penulis Remaja Dewan Bahasa dan Pustaka 2006. Dia dilantik sebagai mentor . selain menulis dia juga bermain piano dan clarinet. Seronok katanya diberi peluang menjalankan kerja-kerja seperti ini. Dia sangat berterima kasih kepada DBP.
Ini gambar anakku yang ke empat, Muhammad Faiz yang memperkenalkan dirinya sebagai Ninja diambil dari myspace.com/ninjagaban. Dia sekarang sedang belajar di UTM Skudai Johor, Insya Allah akan konvo tahun 2007 dengan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik /mikatronik (tak tau nak eja macam mana). Dia ni lagi gaban main muzik. Hampir semua alat termasuk keyboard, guitar, violin, harmonika, seruling.
Sudah lama tidak melawat blog aku sendiri. Sibuk sungguh dengan tesis Ph.D. Alhamdulillah kira-kira dah 98 peratus selesai. Bagi seorang penulis sepertiku, menyelesaikan tesis itu adalah satu kepuasan. Dapat degree ke tidak itu perkara kedua.